Raya tahun ini seperti tahun-tahun lepas juga. Beraya di dua tempat. Hari Raya pertama di Johor kemudian ke Perak. Gambar ini diambil di rumah atuk bertempat di Kampung Seri Menanti, Muar Johor Darul Takzim.
Saya tidak pernah merasa kasih seorang atuk. Apatah lagi menatap wajah seorang yang bernama atuk. Apabila berumahtangga, sebelah isteri masih mempunyai atuk. Sekurang-kurangnya kini aku dapat menikmati kehadiran seorang atuk dalam hidup.
Atuk seorang yang cukup aku hormati. Beliau kini mempunyai 21 orang anak. Cucu 63 orang dan cicit 39 orang. Bayangkanlah apabila kami berkumpul. Atuk juga amat aku kagumi kerana berjaya mendidik anak-anaknya sehingga berjaya dengan hasil sawit. Anaknya, Arwah Cik Min, pernah menghasilkan buku teks fizik sekolah menengah yang digunakan seluruh Malaysia. Aidilfitri tahun ini atuk berbual agak panjang denganku di anjung. Beliau amat gembira dan syukur kerana pertukaran aku ke Johor telah diluluskan. Satu sahaja pesan atuk. Berkumpullah ramai-ramai. Eratkan persaudaraan. Dan aku bersyukur.
Ramainya ahli keluarga!! Mesti meriah tahap maksima!
Lamanya tak minum air kelapa muda yg fresh mcm tu... sedapnyeeee.... Siap ada basikal tua lagi.. Memang best!
Cantik gambar pakai baju oren...
Salam Bro...gambar naik basikal tu mmg best. Gambar 2nd last tu kalau angle dia low lagi mungkin lagi best....Saya rasa la.
re: gambar kat screen comp tak sama dgn gambar yg print.....hmmm...bnyk sebab tu.
1- Screen & printing machine tak calibrate...(cuba tgk Digital Camera Mag - Sept edition. Depa ada tnjk gadjet yg available kat market mcm mana nak calibrate screen output & printing output).
2- Chemical kat kedai gambar tu mmg dah expired dah atau life cycle dah cukup tapi masih digunapakai lagi....
3- Apa yg saya buat, saya stick dgn satu kedai cuci gambar saja.....Saya make sure & adjust screen saya sampai sama dgn mesin printing dia....Alhamdulillah, setakat ni OK....
Soalan mcm mana nak dpt muka cerah....Ya, penggunaan flash mmg membantu tetapi kita kena peka dgn arah kita nak bounce the light. Kalau perempuan bertudung....kebarangkalian utk terjadinya bayang dibahagian dahi amat tinggi jika kita bounce flash ke atas (bounce ke siling). Mcm mana nak hilangkan shadow tu? Cuba bounce flash kebelakang (jika dinding belakang tidak terlalu jauh) dan pastikan dinding tu berwarna cerah. Kalau dinding tu berwarna merah, nnt muka model2 anda juga akan jadi merah... .....Nak senang, bounce ka atas siling dan letak refelctor kat atas lantai dgn kecondongan 30deg mcm tu......Insya Allah, hilang shadow kat muka & muka jd cerah.....
Errr......itu saja yg saya tau, kalau salah maafkan saya & diharapkan yg lebih berilmu tolong perbetulkan.....
hehe..
nampaknya encik ushar telah menjawab pertanyaan saudara.
blh le saya jadian rujukan sekali.
err...bang, sy tatau main alat muzik...tp kalau disuruh nyanyi mula la tekak ni tak sabar nak melantunkan suara yg lemak merdu inih... mau bikin kugirankah??
Tue 14-Oct-2008 23:07 Posted by:Pemancing Ikan - [Link]
wow...ayaq nyok itu saya rasa sungguh sejuk di tekak....nak la..... saya sekarang ni kena virus....virus m.a.l.a.s...................................................... tak larat sangat nak hapdet
Selamat raya syaidul.......lama abah tak singgah .......abah semakin kena penyakit M ....hahahahaha ... abah raya di T.Intan tahun ni........tapi tak singgah pun di parit...hanya p batu gajah aje.... Syaidul raya di johor ye....wah seronok le dapat tukar ke johor dekat dgn kampong isteri..... waaaa isteri syaidul ada tok lagi..... bagus tu ...minta le petua ...hahah....kuat tu anak sampai 21 ....hahahahaha ok le jumpa lagi....
Thu 23-Oct-2008 04:13 Posted by:Abah Along - [Link]
gambar2 yg penuh memori (terliur tgk air kelapa tu )