Kutulisi puisi ini kira-kira dua tahun yang lalu dalam bulan Ramadan. Sungguh payah waktu itu untuk kukayuh sebuah kehidupan. Sakit yang menduga sungguh mencabar kehidupan kami sekeluarga saban hari. Saban malam. Peliknya penyakit ini menyerang peti suara sehinggakan aku tak boleh berkata-kata. Apabila berbuka puasa aku tak mampupun makan. Hanya boleh minum. Demikian kugagahi sebuah Ramadan selama sebulan. Selepas Ramadan ianya berterusan sehingga hampir 5 bulan lagi. Yang paling derita adalah isteriku. Tambahan pula isteri mengandung anak kami yang kedua. Berkat doa dan ikhtiar, hari ini dapat lagi aku mengecapi Ramadan yang memang tak pernah aku fikirkan lagi pada waktu itu.
Terima kasih kepada rakan FP iaitu saudara Shabinan Ibrahim http://shabihanfotopages.com yang membenarkan saya menggunakan gambar gadis ini (Nazurah) untuk digandingkan sebuah puisi yang lara. Salam hormat.
hi syaidul.. puisi penuh bermakna bagi yang membaca dan mesti begitu menusuk pada masa menulisnya.Alhamdulillah dan sembuh...ada barkath dalam setiap musibah..insyallah.
nampaknya dugaan seperti saya pada tahun 98...... nanti akan saya ceritakan tak lama lagi....kan sebelum ni saya ada tulis nantikan enty 'kembalikan mataku syawal ini...'
tunggu....selamat berpuasa
Salam Akak Maylique,
bukan tonsil pun. Sebab doktor kata sihat, dan tidak ada apa-apa masalah kesihatan. Tapi badan ni Tuhan saja yang tahu.
terima kasih atas panduan header dan tag.
Selangkah lagi kakiku melangkah
menghurai kekusutan sudah
yang pernah membarah
di ranting kesah
Aku seolah zarah-zarah yang pernah berpecah
dirangkum ghairah
membentuk setitis darah
yang diadun di suatu daerah
yang bergelar Pasrah.
Puas sudah daku cuba mengenal
diriku yang palsu
berpura dihadapan Pencipta
dengan lafaz lantang janji temberang
Namun akhirnya curang
dalam berjuang.
Berlari dari medan perang
memilih jalan-jalan songsang yang kontang.
Tetap ku gagahi jua...
Sedang ruang luas telah lama mendada
Aku sering kali itu jua
memilih sengsara...
Wahai Maha Pencipta
Dorongi Aku jua saudara-saudaraku
Sedarkan daku dari hidup yang kaku
Kerna saat itu bukan milikku...
Kerna Ramadhan ini bakal berlalu......
Sun 14-Sep-2008 02:09 Posted by:Moment Capture - [Link]
Terkenang semua yang indah dan keunikan berpuasa di negara sendiri berbanding di perantauan ...
Hargailah setiap saat & detik teindah bersama insan-insan tersayang disekeliling
Salam Ramadhan bro ...
Sun 14-Sep-2008 15:09 Posted by:adi-imran - [Link]
Terkenang semua yang indah dan keunikan berpuasa di negara sendiri berbanding di perantauan ...
Hargailah setiap saat & detik terindah bersama insan-insan tersayang disekeliling
Salam Ramadhan bro ...
Sun 14-Sep-2008 15:10 Posted by:adi-imran - [Link]
puitis sungguh.. huhu..
Sun 14-Sep-2008 19:15 Posted by:Fatin fromchina88@gmail.com - [Link]
Bapak Jiwang...Puisi ni kalau awek dgr, bukan kata cair..Meresap jd wap terus & hilang di udara..Perrggghhh!!!