|
|
| Monday, 23-Feb-2009 14:38 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Berundur
|
|
[b]Ramai kawan-kawan fotopages sudah pun berpindah. Peluang untuk menikmati kreativiti mereka hilang begitu sahaja. biarpun tak pernah bersua namun ramai dari kalangan, rakan fotopages amat baik hati dan sentiasa sahaja memberi input berguna terutama berkenaan fotografi. Mereka tidak lokek. malah terlalu bayak memberi dan berkongsi.
saya juga akan berundur. Saya boleh ditemui di http://syaidul.blogspot.com/[/b]
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 25-Dec-2008 15:43 |
Email | Share | | Bookmark |
|
0
|
|
Agak lama tidak memasukkan gambar baru dalam fotopages ini. Harapan saya agar rakan fotopages masih sudi bertandang ke sini. Bersama-sama ini saya sertakan gambar yang sempat diambil ketika jiwa yang benar-benar kekosongan dan kini yang bertambah kosong!
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 2-Nov-2008 23:52 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Biarlah gambar yang bicara sendiri...
|
|
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 28-Oct-2008 14:47 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Sajak Tanpa Judul
|
|
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 9-Oct-2008 14:45 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Entri Raya
|
|
Raya tahun ini seperti tahun-tahun lepas juga. Beraya di dua tempat. Hari Raya pertama di Johor kemudian ke Perak. Gambar ini diambil di rumah atuk bertempat di Kampung Seri Menanti, Muar Johor Darul Takzim.
Saya tidak pernah merasa kasih seorang atuk. Apatah lagi menatap wajah seorang yang bernama atuk. Apabila berumahtangga, sebelah isteri masih mempunyai atuk. Sekurang-kurangnya kini aku dapat menikmati kehadiran seorang atuk dalam hidup.
Atuk seorang yang cukup aku hormati. Beliau kini mempunyai 21 orang anak. Cucu 63 orang dan cicit 39 orang. Bayangkanlah apabila kami berkumpul. Atuk juga amat aku kagumi kerana berjaya mendidik anak-anaknya sehingga berjaya dengan hasil sawit. Anaknya, Arwah Cik Min, pernah menghasilkan buku teks fizik sekolah menengah yang digunakan seluruh Malaysia. Aidilfitri tahun ini atuk berbual agak panjang denganku di anjung. Beliau amat gembira dan syukur kerana pertukaran aku ke Johor telah diluluskan. Satu sahaja pesan atuk. Berkumpullah ramai-ramai. Eratkan persaudaraan. Dan aku bersyukur.
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 16-Sep-2008 08:44 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kukucup Salam Maaf
|
|
Assalamualaikum.
Terima kasih atas kunjungan rakan-rakan FP dan sudi pula meninggalkan jejak pesan yang amat menghiburkan. Aneh sungguh pesan dan komen-komen itu seperti racun yang amat manis yang kini amat membangkitkan semangatku saban hari dan saban malam. Terima kasih atas kunjungan ke FP yang tak seberapa ini. Salam hormat.
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 7-Sep-2008 03:08 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Pinjamkan Aku Matamu
|
|
Kutulisi puisi ini kira-kira dua tahun yang lalu dalam bulan Ramadan. Sungguh payah waktu itu untuk kukayuh sebuah kehidupan. Sakit yang menduga sungguh mencabar kehidupan kami sekeluarga saban hari. Saban malam. Peliknya penyakit ini menyerang peti suara sehinggakan aku tak boleh berkata-kata. Apabila berbuka puasa aku tak mampupun makan. Hanya boleh minum. Demikian kugagahi sebuah Ramadan selama sebulan. Selepas Ramadan ianya berterusan sehingga hampir 5 bulan lagi. Yang paling derita adalah isteriku. Tambahan pula isteri mengandung anak kami yang kedua. Berkat doa dan ikhtiar, hari ini dapat lagi aku mengecapi Ramadan yang memang tak pernah aku fikirkan lagi pada waktu itu.
Terima kasih kepada rakan FP iaitu saudara Shabinan Ibrahim http://shabihanfotopages.com yang membenarkan saya menggunakan gambar gadis ini (Nazurah) untuk digandingkan sebuah puisi yang lara. Salam hormat.
|
|
|
|
|
|
| Friday, 5-Sep-2008 23:44 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kereta Raja Lawak
|
|
Semasa pementasan teater Hiroshima di USM Penang tempoh hari, Yus turut berlakon. Jadi berpeluanglah lihat kereta TD 2000 yang dimenanginya dari dekat. Yus pernah berkongsi pentas dengan kami ketika mengadakan persembahan lagu puisi di Anjung Indah Balik Pulau. Yang turut sama kami pada malam itu Khalid Saleh, A. Samad Said dan lain-lain. Tetamu kehormatnya TYT Pulau Pinang.
|
|
|
|
|
|
| Friday, 5-Sep-2008 02:05 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Istana Kellis (Kellis Castle) Batu Gajah Perak
|
|
Gambar ni diambil semasa Ramadan tahun lalu. Dalam perancangan nak memancing depan kellis castle ni tapi sampai je hujan. Aku dan adik terus la melawat kawasan istana tersebut dengan beberapa ringgit bayaran masuk. Adik kini telah tamat pengajian di UIA. Bulan lalu bertemu katanya dia terpilih untuk melanjutkan pengajian peringkat sarjana di luar negara tajaan JPA. Janganlah lepaskan peluang yang ada, nanti abg menyusul he.. he... Tak adalah nanti teman nak memancing.
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 2-Sep-2008 09:29 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kampung lagi
|
|
Selamat berpuasa kepada semua rakan-rakan FP.
Selepas ke Perak dan Pulau Pinang tempoh hari, Destinasi seterusnya ialah ke Selatan tanah air. Iaitu ke Muar, Johor Darul Takzim ke kampung isteri. Kampung isteri bermakna kampung sayalah juga. Disini memang betul-betul dapat menikmati suasana kampung. Banyak tali air yang bersih dan dapat memenuhi minatku memancing. Dingin di waktu malam harinya menjadikan tidak dapat tidur lena kerana semput. .
Bermula di Kota Bharu, terus ke Perak kemudian ke Pulau Pinang dan Johor. Dari Johor stering kereta dipusing terus ke timur tanah air. Destinasi kami ke Kota Bharu Kelantan. Dari Johor pukul 9 pagi dan sampai di Kota Bharu 9 malam. 12 jam perjalanan dan destinasi ini adalah rutin. Bermakna cuti pun telah habis.
Itulah perjalanan hidup kami sebagai perantau yang jauh. Biarlah jarak memisahkan namun tetap kami kunjungi kedua orang tua yang amat kami sanjungi dan kasihi. Ia adalah kewajipan. Ayah dan Emak juga Abah dan Emak terima kasih kerana sudi menerima kami dalam hidup kalian...
|
|
|
|